Bengkel Mahir Mengarang Bahasa Melayu SPM

This slideshow requires JavaScript.

28 Mac 2017 (Selasa) : Panitia Bahasa Melayu SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya menganjurkan dan melaksanakan Bengkel Mahir Mengarang Bahasa Melayu SPM, bermula jam 7:00 pagi hingga 1:30 petang. Bengkel telah dilaksanakan di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Penceramah ialah pesara guru yang berpengalaman luas dalam pengajaran Bahasa Melayu khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran karangan iaitu Tuan Haji Ishak Md Shah.

Penyertaan bengkel adalah seramai 207 orang pelajar SMK Bandaraya Kota Kinabalu, 25 orang pelajar SMK Inanam, masing-masing 15 orang dari SM St Peter Telipok, SMK Lok Yuk Likas, dan SM Shan Tao serta 10 orang dari SMK Perempuan Likas