Pasukan Terbaik Program D-Code @ Camp 5 Anjuran Hap Seng Group

SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah dipilih sebagai hos bagi Program D-Code @ Camp 5, anjuran Hap Seng Group. Program ini telah berlangsung pada 2 September 2015 hingga 5 September 2015, di Makmal ICT SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Pengisian program adalah dilaksanakan oleh StartupMalaysia, serta disokong oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Sabah. StartupMalaysia banyak melibatkan program latihan keusahawanan dan teknologi bagi pelajar dan belia di seluruh Malaysia.

Tujuan program ini adalah memberi pendedahan kepada murid sekolah tentang pengalaman penggunaan dan pembelajaran teknologi yang:

  • membina keyakinan murid dan menggalakkan mereka bercita-cita tinggi
  • mencungkil proses pemikiran logik dab kemahiran menyelesaikan masalahyang dapat diaplikasikan dalam pembelajaran
  • melatih murid untuk berkolaborasi serta bekerja dalam satu pasukan.

Sebanyak 8 sekolah menengah mengambil bahagian dalam program ini, antaranya adalah:

  1. SMK Bandaraya Kota Kinabalu (tuan rumah)
  2. SM Sains Sabah
  3. SMK Kolombong
  4. SMK Likas
  5. SMK All Saints (M)
  6. SMK Lok Yuk Likas (CF)
  7. SMKA Tun Ahmad Shah
  8. Sekolah Sukan Malaysia Sabah

Setiap sekolah telah menghantar 5 orang murid (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) dan seorang guru pengiring. Jumlah peserta adalah kira-kira 60 orang termasuk jurulatih-jurulatih program ini.

Semasa sesi peramian/ penutupan program yang diadakan di Bilik Pendidikan Moral, SMK Bandaraya Kota Kinabalu, pada 5 September 2015 yang lalu, sekolah kami berjaya memperoleh tempat Pasukan Terbaik (Top Team) daripada pihak penganjur, Hap Seng Group.

Sukantara & Sukan Sekolah 2015

Sukantara yang akan berlangsung di UMS pada hari Selasa ini adalah untuk semua murid sekolah mengikut Rumah Sukan masing-masing.

Sukan Sekolah hanya terbuka kepada atlit sekolah yang terpilih dan akan berlangsung selama 2 hari di UMS pada 15hb Apr 2015 (Rabu) dan 16hb Apr 2015 (Khamis). Bagi acara merenjam lembing dan melontar cakera bagi atlit sekolah (diawalkan, bukan di UMS) akan diadakan di padang sekolah esok (Isnin, 13 Apr 2015) bermula 1.30bgi  petang.

Borang Permohonan Briged Bestari (Kelab Bestari)

Murid digalakkan memohon jawatan ini dan tarikh tutup permohonan adalah 5 Apr 2015.

Syarat Pemilihan Briged Bestari:

  1. Terbuka kepada semua murid SMKBKK setiap tingkatan
  2. Berminat serta mempunyai pengetahuan asas dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
  3. Memiliki rekod akademik yang baik
  4. Tahap kesihatan yang memuaskan
  5. Mempunyai rekod disiplin yang baik

Prosedur Pemilihan:

  1. Pemilihan murid atau ahli berdasarkan borang permohonan
  2. Calon murid akan menghadiri sesi temuduga yang akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilih
  3. Murid yang terpilih akan dilantik oleh pihak sekolah
  4. Keutamaan diberi kepada murid yang tidak memegang sebarang jawatan badan khas lain di sekolah

Insentif Keanggotaan:

  1. Berpeluang untuk mempelajari dan mengendalikan peralatan ICT terkini
  2. Berpeluang menyertai aktiviti yang berkaitan dengan ICT di dalam dan di luar sekolah
  3. Pengikhtirafan dan penghargaan yang sesuai sebagai galakan kepada ahli Briged Bestari
  4. Diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan ICT di sekolah

Cadangan Organisasi Jawatankuasa Briged Bestari:

  1. Pengetua – PENAUNG
  2. PK 1 – PENASIHAT
  3. Guru Penyelaras Bestari (GPB) – PENYELARAS
  4. Murid –
    1. PENGERUSI
    2. TIMBALAN PENGERUSI
    3. SETIAUSAHA
    4. PENOLONG SETIAUSAHA
    5. BENDAHARI
    6. AJK BIRO INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI
    7. AJK BIRO LATIHAN
    8. AJK BIRO DOKUMENTASI DAN PENERBITAN
    9. AJK BIRO LAMAN WEB SEKOLAH