Bengkel Mahir Mengarang Bahasa Melayu SPM

This slideshow requires JavaScript.

28 Mac 2017 (Selasa) : Panitia Bahasa Melayu SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya menganjurkan dan melaksanakan Bengkel Mahir Mengarang Bahasa Melayu SPM, bermula jam 7:00 pagi hingga 1:30 petang. Bengkel telah dilaksanakan di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Penceramah ialah pesara guru yang berpengalaman luas dalam pengajaran Bahasa Melayu khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran karangan iaitu Tuan Haji Ishak Md Shah.

Penyertaan bengkel adalah seramai 207 orang pelajar SMK Bandaraya Kota Kinabalu, 25 orang pelajar SMK Inanam, masing-masing 15 orang dari SM St Peter Telipok, SMK Lok Yuk Likas, dan SM Shan Tao serta 10 orang dari SMK Perempuan Likas

KEJAYAAN GURU-GURU SMKBKK DALAM PERTANDINGAN K- INOVASI P&P UKM 2017

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pasukan guru SMK Bandaraya Kota Kinabalu atas kejayaan dalam pertandingan ini.

Syabas dan tahniah kepada Cikgu Hanita Ladjaharun yang telah berjaya merangkul tiga pingat emas, manakala Cikgu Raba’ah dan Cikgu Sukriah merangkul pingat perak serta kumpulan Cikgu Theresa Au, Cikgu Norasiah dan Cikgu KH Zurizal merangkul pingat gangsa.

Syabas atas usaha kalian dan dapat mengharumkan nama sekolah.

This slideshow requires JavaScript.